Wednesday, October 31, 2012

Checklist Wishlist! : Adulthood Journey

Huarghhhhhh!
Seperti biasa, ingin beta ingatkan pada diri sendiri bahawasanya beta tak tau lagu mana nak mula tulih entry ni (seperti biasa). Beta sudah lama tidak menjenguk blog ni apatah lagi menari-nari kan jari jemari ke dalam post entry.
Beta kira dalam masa ini beta masih lagi mencari-cari diri sendiri yg hilang entah pi mana tak tau.
Beta ini org yg penuh dengan azam tetapi misi nya kurang.

Beta dan angan-angan beta sama cliche nya macam gadis2 lain kat luar sana jugak. Mungkin bukan gadis saja sekarang ni yg bermat-jenin. Pakwe2 pun sama jugek!

Tapi di moment beta sedang menulis ini, beta masih belum lagi capai angan2 cliche beta. Jauh lagi perjalanannya. Sgt jauh!

Bermula awal tahun sehingga sekarang, tak banyak mana pun yg mampu beta capai.

Antaranya..

1. Beta dah berjaya lulus MUET dengan band 3. Tak lah with flying colours kan, tapi cukup makan lah untuk beta mencuba nasib ke menara gading. Siapa tahu kan rezeki beta?

2. Beta dah berjaya own lesen type D. Tapi gagalnya beta di sini adalah bila beta dah dapat lesen P, beta membazirkan masa dengan menakut2kan diri sendiri supaya tidak membawa kereta. Mana nak dapat dream-comes-true wanita-berkerjaya-berjaya nya macam nih! So, beta consider diri beta lulus setengah je untuk part ni. Selebihnya, mungkin boleh carry forward untuk tahun depan. T_T

3. Beta dah dapat beli kamera best dengan peluh menitik2 sendiri! Woohoooooo! Mungkin bukan DSLR seperti kalian punya. Tapi apa lagi yg beta harus rungutkan dengan kamera yg senang untuk kita bawak travel dgn gambar kualiti DSLR? Malah lebih baik lagi daripada DSLR. Kalau beta professional photographer, mungkin beta akan pilih DSLR kerana settingnya yg menarik untuk di explore. Boleh upgrade itu dan ini. Boleh tambah panjang lemang and bla bla bla. Malangnya beta tidak.

4. Beta dah grad! Syukur.

5. Beta kepingin sekali nak jadi wanita muslimah yg benar2 menjaga auratnya dengan selain mahramnya. Tapi beta masih suam2 kuku. Masih banyak sangat lagi yg belum beta explore dan pelajari. Sangat naif. Err ke daif? Ke naif? Ke daif? Ke?! Naif kot.. Ahh pilih saja2 mana2 yg kedengaran sedap di telinga.

6. Beta dan kurus dan muka tanpa jerawat. Juga semi-sukses je boleh dikatakan di sini. Tanpa jerawat itu mungkin iya berjaya. Kurus itu pula seperti yo-yo. Sekejap jin belaan datang melahap, sekejap jin diet datang.


7. Beta dan kesurirumahan. Ini nak masuk peringkat semi pun belum lepas lagi nih. Suku pun belum. Memasak beta masih terkapai-kapai. Resepi bertimbun terkumpul, tapi buatnya haghammmm. Bab2 dessert ada la jugak try2 sikit2, bab2 masakan2 ni...beta lemah dan malas sikit. Malas banyak sebenarnya. Mungkin beta belum jumpa sumber motivasi dan inspirasi kot sebab tu jadi macam ni? Agaga! Bab kemas mengemas mungkin beta mampu usahakan. Anak2 kecil juga masih dalam perjalanan, masih boleh dikayuh pelan2.  Nampak tak? Nampak tak betapa jauhnya lagi perjalanan beta nak berjumpa jodoh? LOL!

8. Kewangan dan kerjaya? Sangat tidak stabil!! Beta masih di bawah ketiak emak.

9. Independent and me? Beta masih belum tahu dan terkebil2 macam mana cara nak bayar bil sendiri. Macam mana nak naik rapid KL dari bla bla bla ke bla bla bla. Macam mana jalan nak ke bla bla bla dari bla bla bla. Sedangkan jalan rumah sendiri pun beta masih konfius apatah lagi jalan2 lain.

Salam sayang. Sehingga berjumpa lagi. Babai!!


Wednesday, May 23, 2012

What a Gigantic!

Gila kau! Aku takut kot dengan benda2 yg gigantic. Actually building2 kat Key Elle pun aku takut sebenarnya. Cuma malas nak mengaku. Kang kalau mengaku nampak na gayat eh. Macam tak pernah ada pembangunan pulak kat tempat aku kan.

Antara benda2 yang paling paling paling aku takut lah..is..



1. BUMI!! 



Yang ni sumpah tak tipu! Contoh kan, bila aku Google Maps satu2 tempat tu. Lepas tu, aku saja la gatal2 try change to Earth mode ke apa benda entah. Pastu kita akan rasa macam bumi tu berputar kat pemandangan yang sekelilingnya gelap macam kat atas ni. Seram wohh! Gambar ni pun aku macam boleh tak boleh je tengok lama2.


2. KAPAL LAUT!!!


Kalau tengok in real, kecut perut woo! Rasa macam, benda tu sesuatu yg pelik. Sangat! Macam baby yang baru nak kenal rumah sendiri. Ha kau boleh tak cuba paham perasaan aku tu?




3. KAPAL TERBANG!!!

Yang ni pulak perasaan dia aku taktau la macam mana nak cakap. Tapi bila aku lalu dekat2 area KLIA Sepang, serious aku rasa macam nak menyorok dalam kereta sendiri. Rasa macam dia nak langgar kasi putus kepala aku! Rasa macam dia beeeeesaaaaaaarrrr sgt sgt sgt!



4. KLCC!!!

Maafkan kegayatan aku. Tapi kalau view dari bawah lagi la aku gayat kot. Macam dok ceruk mana je aku kan. Rasa macam benda tu boleh timpa aku. Rasa macam automatik terpikir "Kalau ada gempa bumi macammana niiiii?" Mau nya mati tak sempat mengucap aku. 


Entah lah. Nak kata aku gayat tempat tinggi. Tak lah sangat. Bukannya tak takut langsung. Cuma tak lah rasa terlampau mengada. Wu wu wu wuuu.