Tapi sebenarnya intro aku ni dah mcm lari sgt topiknya dari tajuk kan. Pencarian apemendeeeeeee la agaknya yg aku nak repekkan kat sini?! Bajet penuh serious je edisi kali ini.
Dalam life aku selama hampir 22 tahun nyawa dipinjam ke jasad aku yg tak berapa nak 'life' sgt ni, banyaaaaaaak lagi. Sgt byk sebenarnya. Benda yg aku belum boleh achieve lagi. Mungkin tak ada sapa pun ingin nak tau. Tapi aku tetap nak cerita kat sini. Mana tau bila aku tersasar, ter-down suatu ketika nanti. Atleast bila aku baca balik post aku yg satu ini, secara tak langsung boleh kembalikan aku kat landasan yg sepatutnya semula.
Aku bukan lah seorang anti sosial. Cuma aku kurang reti bergaul yg tak tentu arah. Mcm aku punya kelompok kawan tu tak besar mana lah. Aku teringin nak ada byk jenis kumpulan kawan tapi aku rasa kekok bila percubaan aku tu mcm kelakar je. Jadi aku prefer observe je mcm2 gelagat manusia sekarang. Itu pun kdg dah cukup menghiburkan aku sebagai penonton. Eh, tak sedar pulak ter-mengarut! Tapi ini pun sebenarnya boleh masuk dalam PENCARIAN aku tu. Pencarian aku utk mendapat tempat dalam pergaulan. Tapi ini bukan lah bermakna aku hegeh sgt nak jadi attention seeker. Aku cuma perlukan teman. Bkn utk bertelagah. Bkn utk tentu siapa yg paling betul. Atau siapa paling hebat. Teman utk aku saling kongsi cerita. Susah dan senang. Boleh jadi telinga dan mulut aku. Kdg2 aku rasa sgt desperate utk ini. Bknnya pasal aku ni jenis forever alone yg takda langsung best friend kat luar. Ada tu ada. Aku nak lebih! Tak salah kan? Sekurang2 nya kawan dalam dunia maya ni. Aku tak kisah la apa background dia. Apa dia nak kencing aku pasal background dia. Aku cuma nak...bercakap. Tak perlu sampai ke dunia realiti pun tak apa2.
Seterusnya, pencarian aku utk kebahagiaan famili aku sendiri. Byk benda yg aku malas nak kongsi dgn org luar sana..kdg2 dgn kawan terdekat aku sendiri. Aku tak punya famili atau saudara-mara yg ada education tinggi. Yg berjawatan besar. Yg bergaji lumayan. Yg boleh dibanggakan sgt. Rata2 nya bekerja dalam pekerjaan yg basic nya tak sampai 4 angka pun. Sebab itu lah non of my siblings yg lepas dgn mana2 institut pelajaran mahupun pekerjan yg memerlukan perkhidmatan org dalam. Semuanya rezeki yg kami kecapi hari ini yg aku boleh katakan masih 'bersih' walaupun tak tinggi mana. Aku sebagai anak last dlm famili rasa terpanggil utk pikul tanggungjawab yg tertangguh sepertimana ibu bapa org lain selalu harapkan. Kaklong aku, walaupun hanya mempunyai Diploma Pertanian (yg pada masa kini diploma bukan lagi sesuatu yg sgt besar), dia masih belum mempunyai pekerjaan selaras dgn kelulusannya walaupun telah berkahwin. Hanya lah seorang kerani di sektor swasta yg gajinya tidak sampai 2K. Dia sekarang dah mcm redha aje dgn pekerjaannya dan give up utk mencari pekerjaan sepertimana kelulusan yg dimiliki. Abg aku pula masih tak tentu arah pekerjaannya. Silapnya dia ialah lambat membuat keputusan utk tentukan cita2 sendiri. Kini dia hanya seorang operator pengeluaran kilang biasa yg kdg2 tidak tetap pendirian dgn status pekerjaannya. Aku? Lulusan Diploma Kejururawatan yg baru sahaja tamat akhir tahun lepas. Aku rasa kekok utk mengakui hal ini kerana ianya masih bukan lah satu perkara besar yg boleh dibanggakan. Menanam anggur utk satu bulan setengah adalah suatu penyiksaan bagi aku sebaik sahaja tamat belajar. Bkn cuti yg aku sgt idamkan di kala jasad ini masih berdaya dan muda. Buat masa ini aku hanyalah seorang pembantu klinik di taman perumahan aku. Yg masih berharap akan dapat pekerjaan tetap kelak pada bidang yg bukan minat asalku.
Minat asalku sendiri entah ke mana dan entah apa. Aku pun tak tahu. Dulu aku selalu berangan nak kerja kat ofis. Selalu aku cuba melaram gaya ala kakak-kakak pergi ofis. Dgn blazernya. Dgn seluap slacknya. Dgn kasut bertutupnya. Tak pun satu lg minat aku yg aku rasa mungkin akan enjoy habis kalau aku berjaya ceburi dari dulu. Kanak-kanak. Aku sgt sygkan golongan jenis ini. Aku pernah rasa kesal. Kalau aku ambil course Pendidikan Awal Kanak2 dulu pun mungkin aku tak se-stress ini. Tapi masa tu aku akui aku silap. Byk silapnya. Aku dah salah pilih course masa isi UPU dulu. Bodoh! Aku bajet aku pandai. Aku tgk kawan2 lain isi course2 yg mcm sedap2 aje bunyinya, aku pun nak jugak. Semuanya sains2 belaka. Tak sedar result sains sendiri agak gagal utk membolehkan aku diterima ke bidang itu. Akhirnya utk panggilan kedua aku diterima di UPU. Tapi utk course yg aku tak pasti peluangnya cerah atau tidak kelak. Takpun paling koman aku ambik aje TESL. Tapi bongoknya aku lagi, bila aku pergi cancel masa update UPU. Sebab aku takut diinterview! Aku punya subjek berkaitan mungkin boleh melayakkan aku, tapi aku risau kalau2 aku gagal bila diinterview. Aku gagal bila bercakap. Dah berapa kali aku highlightkan kan. Nah! Sekali lagi kebongokan aku jelas di sini. Nak tau kebongokan aku yg seterusnya? Aku pernah try dah apply nursing under PPUM. Diterima dan ada sponsorship. Tapi aku tak nak sebab mmg aku tak minat langsung pun course ni. Last2 aku dipermainkan oleh kebodohan aku sendiri kerana akhirnya menerima course nursing yg aku tolak mentah2 pada mulanya di sebuah kolej swasta di Perak.
Nak tak nak, aku sedikit demi sedikit dah mula menyukai bidang itu bila dah kenali dgn lebih mendalam. Cuma aku tak pasti bila aku dah kerja nanti aku akan enjoy atau tak dgn kerja tu. Sebabnya kerja ni mmg agak stress sebab kau akan hampir setiap hari dimarah. Dimarah dek kawan sekerja. Dimarah dek org atas kau. Paling lazim; dimarah patient. Kiranya kau mmg kena jadi org yg kental tahan maki atau nak bagi sakit hati mereka2 tu balik, just buat mcm tak ada perasaan je. Keh keh.
Sekarang aku sgt mengharapkan kerjaya melalui bidang ini. Aku dah melabur. Dan aku nakkan hasilnya. Sekurang2nya pulangan modal. Belajar ni mcm kau melabur tahu? Kalau kau boleh guna result SPM aje utk kerja, tak payah buang masa tiga tahun kat kolej. Tak payah susah2 susahkan mak bapak. Tak payah susah2 pinjam kat MARA. Beriban kau nak kena bayar balik buat apa?! Sebab tu nak tak nak aku tak boleh hentikan usaha aku mencari kerja. Aku anggap aku bermula dari bawah. Kerja sebagai pembantu klinik berapa lah sgt yg boleh aku dapat. Nak buat duit poket pun semput2 aje. Untung aku tak tinggal sendiri. Tapi lebih baik daripada tunggu anggur gugur kan?
Impian aku utk jangka masa panjang utk famili aku ada byk lagi sebenarnya. Aku kalau boleh nak bawak mak abah aku pergi Mekah sebelum diorang tutup mata. Tak dapat Haji, umrah pun jadi la. Aku tau simpanan diorang tak seberapa sebab dah byk dilaburkan utk anak2. Aku pun teringin kalau ada rezeki suatu hari nanti nak bukak bisnes utk famili ini. Dan juga segulung ijazah dari IPTA, bukan IPTS lagi. Sekurang2nya.
Utk diri aku sendiri pulak, lagi byk yg aku nak capai. Aku ni seorang yg dilahirkan lemah skills. Serious aku cakap. Aku dpt rasakan yg aku ni lembik dan lembab walaupun takda siapa yg pernah mention lagi. Atau mungkin diorang nak jaga hati aku aje agaknya. Aku kurang critical thinking. Cepat lupa. Nyanyuk mungkin! Aku tak nak mcm ni. Sebolehnya inilah satu2 sifat yg paling aku nak kikis dalam diri aku. Aku masih tak pakar memasak di usia ini. Agak malu bagi seorang yg bergelar perempuan tidak tahu memasak di usia seperti aku ya. -,-"
Aku sdg belajar memandu. Harap2 lulus JPJ Test March nanti.
Aku jugak teringin nak cuba aktiviti2 yg lasak sikit. Mountain climbing ke, berkayak ke, paint ball ke. Arghh semua tu secara jujurnya aku belum pernah rasakan lagi. Gila loser kan?
Part yg ni pulak part yg aku always a loser. Gagal weh, gagal! Bercinta. Aku geli sebenarnya nak taip menda alah 'cecccc...cccinnnn...ttttaaaa' ni. Tapi as a normal and straight person, we need it. Arghh jgn nak berfalsafah sgt dengan aku pasal cinta itu subjektif bagai. Cinta kepada Tuhan, keluarga blablabla. Yg itu dah memang kemestian. Aku pun tahu. Tapi ceccccinnntaaa pada seseorang ni la yg selalu aku gagal. Kalau aku dah syok, it end up with aku SS la pulak. Kalau org dah mcm bagi hint, aku pulak rasa feelingless gila kat org tu. Sudahnya tak ke mana. Tapi this part will be the last part lepas aku dah berjaya achieve at least 50 percent benda2 kat atas tadi. Bukan nak jadi perfectionist sgt. Tapi aku tak nak kemudian hari org rasa menyesal ambik aku jadi bini. Aku tak nak tu. Selagi diri aku, keluarga aku belum cukup sempurna. Sempurna di sini bukannya sesempurna mana. Cuma ia sempurna seperti apa yg aku target kan. Itu je. Aku masih mencari. Dan akan terus mencari. Cukup time, kalau dah Dia kata tu jodoh aku, on aje la. Nak tunggu apa lagi. Heh. Babai! Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment